Rabu, 26 September 2012

KISAH USTAZ DENGAN SCORPIONS



cerita ini terjadi disebuah negeri dalam malaysia,,tersebutlah al-kisah,,ada seorang ustaz yang sangat popular,tersohor dan tinggi ilmunya dalam bidang agama,dengan kelebihan berpengetauhan dlm bidang agama,beliau tidak mensia-siakan anugerah yg diberikan kepadanya.

segala ilmu agama yg ada dlm diri bukan untuk dirinya sahaja,,ustaz berpendapat ilmu itu wajib dikongsi bersama orang islam yang lain..maka beliau telah merantau dari satu negeri ke negeri yang lain untuk berdakwah dan berceramah mengenai agama.

maka tersebutlah alkisah dimana ustaz ini telah sampai di satu daerah,demi menjalankan amanahnya untuk berdakwah beliau telah menjadikan masjid sebagai tempat untuk beliau menyampaikan dakwah melalui ceramah.keesokan harinya pihak masjid telah mengumumkan kpd orang ramai supaya datang ke masjid kerana ceramah agama akan diadakan.

berpusu-pusu orang ramai datang ke masjid untuk mendengar ceramah agama yang akan disampaikan oleh ustaz.diantara orang-orang yang mendengar ceramah beliau,ustaz telah memerhati tepat pada seorang pemuda yang duduk dihadapan beliau,seorang pemuda yang beserban besar dan berjubah putih..dalam hati ustaz berkata [pemuda ni..bukan calang² orang..mesti pemuda ni alim orangnya]..ustaz berpendapat sedemikian kerana dalam ceramah beliau,,selain berceramah pasal agama ustaz juga ada selitkan unsur² humor dlm ceramahnya..unsur humor adalah untuk menceriakan keadaan..supaya hilang mengantuk..

apabila ceramah ustaz sampai pada bab humor,,kelihatan pemuda ini tidak sedikit pun menunjukkan wajah ketawa,wajah pemuda ini tetap serius.ustaz berkata dalam hatinya [tak kelakar ke,humor yang akau sampaikan..klu tak kelakar,apesal orang kat blakang sana ketawa terbahak²]..akan tetapi apabila sampai ceramah ustaz pada bab ilmu² agama,berbicara tentang islam..kelihatan  pemuda ini mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata² ustaz..ustaz berkata dalam hatinya [pemuda ini sememangnya orang alim dan tinggi ilmu agamanya]..

akhirnya ustaz ingin menguji pemuda ini,setelah selesai menghuraikan tajuk ceramah yang pertama sebentar tadi..ustaz telah membuka tajuk ceramah yang kedua iaitu "2 EKOR BINATANG YANG TINGGAL DI DALAM NERAKA"..

ustaz telah menyoal orang ramai dengan 2 soalan..

soalan pertama ustaz - apakah nama binatang yang tinggal dalam neraka,badannya panjang dan boleh membelit??
jawab orang ramai - ULAR ya ustaz..
ya betul,,sambunng ustaz.

soalan kedua ustaz - apakah nama binatang yang tinggal didalam neraka,tangannya ada sempit dan ekornya terdapat bisa yang menggerunkan??
orang ramai terus diam tidak bersuara,tidak ada seorang pun yang tahu jawapannya..sekali lagi ustaz bagi pembayang/klu,,binatang ini sama dengan nama kumpulan muzik rock mat saleh yang popular satu ketika dulu,ustaz berkata lagi,,antara lagu² yang popular dari kumpulan ini ialah "WIND OF CHANGE" dan "STILL LOVING YOU"...

bila terdengar KLU yang diberi oleh ustaz,,maka pemuda yang berserban besar dan berjubah terus mengangkat tangan dan menjawab dengan suara lantang..

pemuda itu berkata  : SCORPIONS ya ustaz..

LIKE PAGE FB 
           ▼
Auta Punya Cerita



4 ulasan:

  1. ye betul la tu scorpions..jadi apa kesudahannya..haha..citer cam tegantung je der..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak tergantung ke bro,,auta punya cerita ni..hehehe..aku sambung kat komen jerlah..

      apabila ustaz mendengar jwpn daripada pemuda itu,ustaz pun membalas dgn berkata..[wahai pemuda yg bijaksana,cerita itu tidaklah tergantung begitu saja,hamba cuma mahu menguji tahap lakonan dlm diri tuan hamba]kata ustaz kpd pemuda itu..[ternyata tuan hamba adalah peminat tegar kumpulan scorpion..]

      Ustaz terus berkata lagi,,
      #tingginya ilmu agama seseorang bukan terletak pada..SERBAN YANG BESAR,dan JUBAH YANG LABUH itu..tidak semestinya dia seorang yang alim..kerana serban dan jubah adalah aksesori semata2..bila2 masa boleh ditukar dgn jeans koyak rabak..

      Sekian terima kasih..tamat sudah,cerita ni Sekadar hiburan semata2..

      Padam
    2. hahaha..aku dah agak blom habis lgi ini citer..ok2..selesai sudah..haha..

      citer ko auta atau betul tak kisah pon..tpi hal ni biase berlaku dalam realiti..keliling aku pon ramai..

      Padam
  2. ye betul tu bro..aku pernah bersua muka dgn org mcm ni,bertabligh ke pelusuk negeri..last skali dtg jumpa aku,mintak tolong buat account facebook,,nak ejas mak janda katanya..hahaha

    malas r nk brcerita pasal serban berjubah palsu ni,,takut nanti ade yg terasa..tp itulah hakikatnya di akhir zaman ni..

    apa² pun bro..tq atas komen n follow,,sb buatkan semangat aku up 5%..

    BalasPadam

lepaskan komen ikhlas kat sini,,jangan simpan didalam hati,,nanti merana diri siapa yang susah nanti ♫♫♫♫♫..