Selasa, 23 Oktober 2012

Leher Terputus Dua Kerana Cinta Tiga Segi






[Tragis] LEHER TERPUTUS DUA KERANA CINTA 3 SEGI.


assalam..

Bila difikir memang tak logik pun cerita ni,tapi inilah situasi sebenar yang terjadi jam 5.13pm tadi di kampung Snake River [Sungai ular].


Sesampai aku di kilometer 13 jalan kuantan-kemaman,kelihatan 3 biji motosikal parking di bahu jalan..salah seorang daripada tuan empunya moto ni,telah melambai-lambai tan
gan dan membuat isyarat kepada aku,supaya berhenti..memang pada raut wajah brader ni kelihatan resah seribu gundah..cemas gitu..






Saat aku terpandang pada satu sudut,saat itulah emosi aku bercampur baur menjadi sebak..kelihatan 3 anak kecil memanggil-manggil ibunya,si anak kecil ni terus-terusan memanggil ibunya mereka tidak tahu yang ibunya sudah tidak bernyawa lagi..dek kerana perebutan cinta 3 segi..dalam perebutan utk mendapat kasih sejati yang menjadi mangsanya adalah ibu kepada 3 anak kecil ini.



Itulah babak sedih dan tragis yang telah tersurat pada ibu ayam kampung tu,kepalanya telah terpisah dari badan..maut serta merta ditempat kejadian..



Kenyataan brader moto mengatakan pembunuh sebenar sedang bergayut pada cable elektrik yang merentasi jalan tu..[sambil menunjukan jari ke arah 2 ekor monyet yang sedang bergayut].



~MIMPI NGERI CINTA MONYET~

wassalam


Lima Peragut Akan Disembelih Hidup-Hidup




BERITA TERKINI

5 peragut akan disembelih hidup-hidup.



5 peragut yang ditangkap 2 minggu lepas kini berada dalam tahanan di sebuah kampung [lokasi dirahsiakan].

Isnin, 8 Oktober 2012

Tujuh Step Kenapa Tarian Poco-Poco Diharamkan



salam seindah kabus dipagi hari,,hari ni aku nak buat entry pasal opocottt..opsss silap..
ENTRY PASAL POCO-POCO
walaupun isu pengharaman poco-poco ni telah lama berlalu,entry aku ni sekadar teknik imbas kembali
untuk sape-sape jerlah yang sudi mentelaah entry aku ni..sebelum tu aku berterima kasihlah kepada
si jejaka dan si pria ni,kerana sudi follow blog aku yang dah terlebih muatan ni..hahaha..

okey..kita masuk bab yang aku nak up-date ni [pengharaman poco-poco]
aku berani kata ianya haram sebab..aku ada mendengar ceramah ustaz tersohor kat internet ni dan
aku banyak menonton video-video beliau kat you tube [UAI].
harus diingat setiap langkah/gerakan dalam tarian poco-poco semuanya ditarikan dalam gerakan
[SALIB] pasal tu tarian ini diharamkan.



ANTARA GERAKAN/STEP DALAM TARIAN POCO-POCO

1-gerak utama [first step]
2-gerak tepuk [clap step]
        3-gerak serong [diagonel step]
4-gerak pusing [turn step]
        5-gerak selangkah [touch step]
6-gerak renjis [flick step]
         7-gerak santai [easy walk step]


7 GERAKAN DIATAS KESEMUANYA DITARIKAN DALAM BENTUK SALIB
klik link untuk lihat 7 gerakan tu http://youtu.be/bJ5bEUAua0s

sekian info ringkas pasal pengharaman poco-poco




Selasa, 2 Oktober 2012

[TUTORIAL] BUAT BORDER DALAM ENTRY


tutorial ringkas ni hanya sekadar untuk peringatan pada diri aku,maklumlah aku ni pelupa orangnya..dan kepada yang masih lagi tercari² formula bagaimana cara utk buat border ni,bolehlah rujuk pada entry aku yang tak seberapa ni..

                                 TUMPUKAN PERHATIAN SEPENUHNYA ok..


CARA-CARANYA
1- log masuk ke blog ►►PAPAN PEMUKA►►TEMPLAT►►EDIT HTML►klik teruskan
ok,dah selesai cara 1,pergi ke cara 2..



2-cari kod ]]></b:skin> untuk lebih memudahkan dalam urusan pencarian kod tekan F3 pada keyboard.




3-copy kod yang terdapat didalam border dibawah
.post blockquote { background:#ECF4FF; padding: 6px; Border: 2px dashed #03EBA6; margin:1em 20px; }

4-paste kod yang anda copy tadi; diatas kod ni ]]></b:skin>..apa tak faham??
ok..lebih mudah lagi,,lihat ni..paste kat atas kod yang berwarna oren..


.post blockquote { background:#ECF4FF; padding: 6px; Border: 2px dashed #03EBA6; margin:1em 20px; }
]]></b:skin>


5-perkataan dan huruf berwarna bermaksud

-ECF4FF -warna untuk latar belakang border

- 6px-ketinggian border

-03EBA6-warna untuk garis tepi border

- dashed-jenis² border tersebut [dotted, solid]



6-untuk warna latar belakang dan garis tepi border yang lebih aromatik,,anda bolehlah tukar mengikut warna kegemaran anda..hanya copy and paste kod disini

..apa-apa pun terima kasih kepada kisah marinaFazli atas tutor ni..